Read in English

Terma Perkhidmatan

Dikemas kini 24 September 2026

Terma ni terpakai bila korang guna Indahnya (indahnya.my), perkhidmatan oleh FF Dev Studio, Malaysia. Dengan buat majlis atau upload gambar, korang setuju dengan terma ni dan Notis Privasi kami.

Perkhidmatan

Indahnya bagi setiap majlis satu link dan QR untuk tetamu upload gambar dan video ke satu galeri, dengan slideshow untuk skrin dewan dan dashboard untuk tuan majlis. Tetamu tak perlu akaun.

Akaun tuan majlis

Tuan majlis log masuk dengan email atau Google. Jaga akses email korang — sesiapa yang boleh buka email tu boleh log masuk. Korang bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam majlis korang, termasuk siapa yang korang bagi link.

Pakej dan bayaran

  • Pakej Percuma, Indahnya (RM59) dan Indahnya Lengkap (RM99) adalah bayaran sekali untuk satu majlis. Tiada langganan, tiada caj automatik.
  • Tempoh upload dan simpanan dikira dari tarikh majlis atau tarikh bayar, yang mana lebih lewat.
  • Naik taraf dari Indahnya ke Indahnya Lengkap hanya caj bezanya. Lanjutan simpanan dibuka dalam 30 hari terakhir tempoh simpanan dan dalam 30 hari selepas ia tamat.
  • Bayaran diproses oleh Stripe dalam Ringgit Malaysia. Resit dihantar ke email.
  • Kalau galeri gagal berfungsi pada hari majlis disebabkan masalah di pihak kami, hubungi kami dalam 14 hari selepas majlis untuk bayaran balik penuh.

Kandungan yang diupload

  • Gambar dan video kekal hak milik orang yang ambil. Korang bagi kami kebenaran terhad untuk simpan, proses dan paparkan kandungan tu semata-mata untuk jalankan perkhidmatan untuk majlis korang.
  • Upload hanya kandungan yang korang ada hak untuk kongsi. Jangan upload kandungan lucah, ganas, berunsur kebencian, yang melanggar privasi orang lain, atau yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  • Tuan majlis boleh sembunyi atau padam mana-mana gambar. Kami boleh turunkan kandungan yang menyalahi terma ni atau undang-undang, dan tutup majlis yang disalahgunakan.
  • Kami tak guna gambar majlis korang untuk promosi tanpa kebenaran bertulis.

Simpanan dan pemadaman

Download gambar korang sebelum tempoh simpanan tamat. Selepas tamat dan 30 hari tambahan, semua fail dipadam terus dan tak boleh dikembalikan. Kami email peringatan, tapi tanggungjawab untuk download adalah pada tuan majlis.

Ketersediaan

Kami usahakan Indahnya sentiasa berjalan, tapi internet dewan, rangkaian telefon dan pembekal pihak ketiga di luar kawalan kami. Perkhidmatan disediakan "seadanya".

Had tanggungan

Setakat yang dibenarkan undang-undang, tanggungan kami untuk apa-apa tuntutan berkaitan satu majlis terhad kepada jumlah yang korang bayar untuk majlis tu. Tiada apa dalam terma ni yang menghadkan hak pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Undang-undang

Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Kalau kami ubah terma ni, kami kemas kini tarikh di atas; perubahan ketara dimaklumkan melalui email.

Hubungi kami

Email hello@indahnya.my atau WhatsApp +60 13-907 8719. Jika ada percanggahan antara versi BM dan English, versi BM terpakai.

indahnya.my · FF Dev Studio · Tentang · Privasi