Read in English

Notis Privasi

Dikemas kini 24 September 2026

Indahnya (indahnya.my) dikendalikan oleh FF Dev Studio, Malaysia. Notis ni terangkan data apa yang kami kumpul, kenapa, siapa boleh tengok, berapa lama kami simpan, dan hak korang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Data yang kami kumpul

  • Tuan majlis: alamat email, nama (kalau log masuk dengan Google), dan butiran majlis yang korang isi — nama, tarikh, tempat.
  • Tetamu: gambar dan video yang diupload, nama yang tetamu pilih untuk isi (tak wajib), dan reaksi pada gambar. Tetamu tak perlu akaun, email atau nombor telefon.
  • Bayaran: status bayaran dan jumlah. Butiran kad, FPX dan GrabPay diproses terus oleh Stripe — kami tak nampak dan tak simpan.
  • Teknikal: alamat IP (untuk keselamatan dan had cubaan), dan cookie yang perlu untuk sistem jalan — satu untuk log masuk tuan majlis, satu untuk kenal browser tetamu supaya "Gambar saya" dan padam gambar sendiri boleh berfungsi. Tak ada cookie iklan atau tracking pihak ketiga.

Maklumat dalam gambar

Gambar dari phone selalunya ada metadata (EXIF), termasuk kadang-kadang lokasi GPS. Salinan yang dipaparkan dalam galeri dan atas TV dah dibuang semua metadata ni. Fail asal disimpan secara tertutup, dan hanya tuan majlis boleh download fail asal (contohnya dalam zip).

Kenapa kami guna data ni

  • Untuk jalankan galeri, slideshow dan kad jemputan majlis korang.
  • Untuk hantar link log masuk dan email penting — contohnya amaran sebelum tempoh simpanan tamat.
  • Untuk proses bayaran dan simpan rekod transaksi.
  • Untuk keselamatan: halang spam, penyalahgunaan dan cubaan log masuk berulang.

Kami tak jual data, tak guna gambar majlis untuk iklan, dan tak kongsi dengan pihak lain selain yang disenaraikan di bawah.

Siapa boleh tengok

  • Sesiapa yang ada link majlis boleh tengok gambar dalam galeri. Link ni tak disenaraikan dalam Google atau enjin carian lain — tapi sesiapa yang dapat link boleh buka, jadi kongsi dengan orang yang korang percaya.
  • Gambar yang disembunyikan oleh tuan majlis, atau yang menunggu kelulusan, dipindahkan keluar dari akses awam. Link lama ke gambar tu terus tak berfungsi.
  • Tuan majlis (dan co-host) nampak semua gambar majlis mereka, termasuk nama tetamu yang upload.
  • Pembekal yang bantu kami jalankan Indahnya: Cloudflare (simpanan gambar), penyedia server kami, Stripe (bayaran), penyedia email, dan Google (kalau korang pilih log masuk dengan Google). Sesetengah pembekal ni simpan data di luar Malaysia.

Berapa lama kami simpan

  • Gambar dan video disimpan ikut pakej: Percuma 30 hari selepas majlis, Indahnya 1 tahun, Indahnya Lengkap 2 tahun. Kami email tuan majlis sebelum tamat.
  • Selepas tempoh simpanan tamat, ada 30 hari lagi untuk download atau lanjutkan. Lepas tu semua gambar dan video dipadam terus, dan tak boleh dikembalikan.
  • Kalau tuan majlis padam majlis, semua gambar dan video dipadam serta-merta.
  • Tetamu boleh padam gambar sendiri dalam tempoh yang tuan majlis benarkan (biasanya 24 jam).
  • Link log masuk tamat dalam 15 minit. Sesi log masuk tamat selepas 90 hari.
  • Rekod bayaran disimpan selama yang diperlukan oleh undang-undang cukai dan perakaunan.

Hak korang

Korang boleh minta akses kepada data peribadi korang, minta ia dibetulkan, tarik balik persetujuan, atau minta ia dipadam. Tetamu yang nak gambar diturunkan boleh minta tuan majlis, atau hubungi kami terus dengan link majlis dan gambar yang terlibat. Kami balas dalam 21 hari.

Keselamatan

Semua sambungan guna HTTPS. Fail asal dan gambar tersembunyi disimpan dalam simpanan tertutup, bukan awam. Akses tuan majlis guna link sekali guna, bukan password yang boleh dicuri. Tiada sistem yang 100% selamat, tapi kami ambil langkah yang munasabah untuk lindungi data korang.

Kanak-kanak

Majlis selalunya ada budak-budak dalam gambar. Tuan majlis bertanggungjawab siapa yang dapat link galeri, dan boleh sembunyi atau padam mana-mana gambar bila-bila masa.

Perubahan

Kalau kami ubah notis ni dengan ketara, kami kemas kini tarikh di atas dan maklumkan tuan majlis melalui email.

Hubungi kami

Email hello@indahnya.my atau WhatsApp +60 13-907 8719. Jika ada percanggahan antara versi BM dan English, versi BM terpakai.

indahnya.my · FF Dev Studio · Tentang · Terma